Sunday, 11 February 2024

Ciri-Ciri Kesempurnaan Islam

 1.RABANIYYAH(KETUHANAN) 

Rabaniyyah bermaksud semua hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan islam adalah secara mutlak daripada Allah SWT.

يَتَأَيُّهَا النَّاسُ أَذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُم هَلْ مِنْ خَلِي غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ

" Wahai manusia , ingatlah akan nikmat Allah S.W.T. kepadamu . Adakah Pencipta selain Allah S.W.T. yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi ? Tidak ada Tuhan selain dia ; Maka Mengapakah kamu berpaling ( dari ketauhidan ) ? " ( al - Fathir , 35 : 3 )

  • Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT.
  • Islam adalah bersih dan terhindar dari kekurangan.
  • Seluruh alam dan isinya adalah milik Allah SWT.
  • Seluruh alam,peraturan serta sistem yang terkandung dalam islam merupakan ciptaan Allah dan digubal oleh-Nya.
  • Tidak ada satu pun ajaran islam yang direka dan digubal oleh manusia.                                                     2.SYUMULIYYAH(MENYELURUH) 
Syumuliyyah bermaksud ajaran islam adalah sempurna dan menyuluruh dalam semua aspek kehidupan manusia.

اليومَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسلام ديناً

" Pada hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agamamu dan Aku lengkapkan kepada kamu nikmatKu dan Aku redha Islam itu sebagai agamamu . " ( al - Ma'idah , 5 : 3 )
  • Meliputi segenap aspek kehidupan.
  • Cara hidup islam juga memenuhi segala kepentingan segala kepentingan manusia: Daruriyyat(Keperluan), Haiyan(Kehendak) dan Tahsiniyyat(Keselesaan). 
  • Mencakupi akidah, ibadah, akhlak  dan tidak memisahkan antara agama dengan kehidupan.
  • Merangkumi hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama makhluk lain.    
      3.WAQIIYYAH (REALITI)
Waqiiyyah bermaksud ajaran islam bersifat praktikal dan boleh diamalkan dalam kehidupan  manusia serta sesuai dengan fitrah semula jadi manusia.

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

" Allah tiada memberati seseorang itu , melainkan menurut kesanggupannya " ( al - Baqarah , 2 : 286 )

  • Ajaran islam bersifat praktikal bukan utopia.
  • Islam mampu menyelesaikan sebarang masalah dalam kehidupan manusia.
  • Islam memberi ruang kepada perkembangan fikiran dan tamadun ilmu.
  • Cara hidup yang sesuai untuk semua bangsa dan tempat.

4.ALAMIYYAH(UNIVERSAL)
Alamiyyah bermaksud ajaran yang sesuai pada semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.

وما السلك لك الأرجمة العلمين المين

" Dan Kami tidak mengutus engkau ( Muhammad ) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam . " ( al - Anbiya , 21 : 107 )
  • Nilai keadilan islam bersifat sejagat.
  • Islam menjamin hak asasi manusia.
  • Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.
  • Islam mengutamakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan.

5.MURUNAH(ANJAL)
Murunah bermaksud ajaran islam boleh diperluaskan, berubah mengikut kesesuaian manusia tanpa mengubah prinsip asas yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-Hadis dan boleh berubah mengikut kesesuaian hidup manusia tanpa merubah prinsip asalnya.

فإن مع العشر بشرات الأمع العشر برات فَإِنَّ إِنَّ

" Oleh itu maka ( tetapkanlah kepercayaanmu ) bahawa sesungguhnya tiap - tiap kesukaran disertai kemudahan , ( sekali lagi ditegaskan ) ; bahawa sesungguhnya tiap - tiap kesukaran , pasti disertai kemudahan " ( al - Insyiraah , 95 : 5-6 )
  • Islam agama yang mudah.
  • Ajaran islam dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan manusia.

  6.TAWAZZUN & WASATIYYAH (SEIMBANG & SEDERHANA)
Tawazzun & Wasatiyyah bermaksud sistem islam ditegakkan atas dasar seimbang dan sederhana dan setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan.

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَي ادْعُوا الرَّحْمَن أنَّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الحُقَ وَلَا تجهرْ بِصَلَائِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا

Katakanlah ( wahai Muhammad ) : " Serulah nama " Allah " atau nama " Ar - Rahman " , yang mana sahaja kamu serukan ( dari kedua - dua nama itu adalah baik belaka ) ; kerana Allah mempunyai banyak nama - nama yang baik serta mulia " . Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu , juga janganlah engkau perlahankannya , dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu . " ( Surah al - Isra ' : 110 )

  • Islam melarang umat-Nya bertindak melampaui batas.
  • Ajaran islam mementingkan kehidupan dunia dan akhirat.
  • Setiap perkara ada haknya masing-masing.
  • Islam menyuruh umat-Nya bersederhana dalam semua perkara.



No comments:

Post a Comment

Nama Ahli Kumpulan

  SITI NUR SURIATI BINTI AZMI (T31SFP23F016) SITI NUR AQILA BINTI MOHD SAID (T31SFP23F012) NURDINI ALIA BINTI ADNAN (T31SFP23F020) DAYANG SO...