- SITI NUR SURIATI BINTI AZMI (T31SFP23F016)
- SITI NUR AQILA BINTI MOHD SAID (T31SFP23F012)
- NURDINI ALIA BINTI ADNAN (T31SFP23F020)
- DAYANG SOFEA ELLYSSA BINTI ABDULLAH (T31SFP23F022)
Monday, 12 February 2024
Nama Ahli Kumpulan
Sunday, 11 February 2024
Pengenalan Tasawwur Islam
Tasawwur bermula daripada perkataan Arab yang bermula dengan kata dasar Sawwara, yang membawa maksud gambaran atau tanggapan akal seseorang terhadap sesuatu perkara.Apabila perkataan Tasawwur digabungkan dengan perkataan Islam, maka ia membentuk Tasawwur Islam yang bermaksud gambaran bentuk islam hakiki.Dengan ini, ia menunjukkan Tasawwur Islam bertujuan menjelaskan prinsip-prinsip asas islam secara keseluruhan dan seterusnya menggambarkan agama islam sebagai suatu tasawwur yang menganggap manusia sebagai agama yang bersifat fleksibal dan global.
- Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan.
- Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.
- Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.
Konsep Tasawwur Islam
- Berpegang teguh pada segala ajaran yang terdapat dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup.
- Sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang berjaya dan cemerlang dalam semua bidang.
- Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.
- Redha dengan segala ketentuan daripada Allah SWT dan sentiasa bertawakal dalam segala urusan.
Kepentingan Tasawwur Islam Kepada Masyarakat
- Meyakini bahawa islam adalah agama yang terbaik dan mampu menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh manusia.
- Sentiasa menjaga hubungan dengan allah, manusia dan makhluk lain.
- Dapat meningkatkan iman terhadap Allah SWT.
- Hati sentiasa tenang dan patuh dengan suruhan Allah SWT serta meninggalkan larangan-Nya.
- Yakin dengan segala aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Ciri-Ciri Kesempurnaan Islam
1.RABANIYYAH(KETUHANAN)
Rabaniyyah bermaksud semua hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan islam adalah secara mutlak daripada Allah SWT.
يَتَأَيُّهَا النَّاسُ أَذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُم هَلْ مِنْ خَلِي غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ
" Wahai manusia , ingatlah akan nikmat Allah S.W.T. kepadamu . Adakah Pencipta selain Allah S.W.T. yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi ? Tidak ada Tuhan selain dia ; Maka Mengapakah kamu berpaling ( dari ketauhidan ) ? " ( al - Fathir , 35 : 3 )
- Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT.
- Islam adalah bersih dan terhindar dari kekurangan.
- Seluruh alam dan isinya adalah milik Allah SWT.
- Seluruh alam,peraturan serta sistem yang terkandung dalam islam merupakan ciptaan Allah dan digubal oleh-Nya.
- Tidak ada satu pun ajaran islam yang direka dan digubal oleh manusia. 2.SYUMULIYYAH(MENYELURUH)
- Meliputi segenap aspek kehidupan.
- Cara hidup islam juga memenuhi segala kepentingan segala kepentingan manusia: Daruriyyat(Keperluan), Haiyan(Kehendak) dan Tahsiniyyat(Keselesaan).
- Mencakupi akidah, ibadah, akhlak dan tidak memisahkan antara agama dengan kehidupan.
- Merangkumi hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama makhluk lain.
- Ajaran islam bersifat praktikal bukan utopia.
- Islam mampu menyelesaikan sebarang masalah dalam kehidupan manusia.
- Islam memberi ruang kepada perkembangan fikiran dan tamadun ilmu.
- Cara hidup yang sesuai untuk semua bangsa dan tempat.
- Nilai keadilan islam bersifat sejagat.
- Islam menjamin hak asasi manusia.
- Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.
- Islam mengutamakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan.
- Islam agama yang mudah.
- Ajaran islam dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan manusia.
- Islam melarang umat-Nya bertindak melampaui batas.
- Ajaran islam mementingkan kehidupan dunia dan akhirat.
- Setiap perkara ada haknya masing-masing.
- Islam menyuruh umat-Nya bersederhana dalam semua perkara.
Senarai Rujukan
- https://prezi.com/p/l5tedh_chbyi/konsep-dan-pengertian-tasawwur-islam/
- https://anyflip.com/wxbue/jxze/
Nama Ahli Kumpulan
SITI NUR SURIATI BINTI AZMI (T31SFP23F016) SITI NUR AQILA BINTI MOHD SAID (T31SFP23F012) NURDINI ALIA BINTI ADNAN (T31SFP23F020) DAYANG SO...
-
Tasawwur bermula daripada perkataan Arab yang bermula dengan kata dasar Sawwara, yang membawa maksud gambaran atau tanggapan akal seseoran...
-
Meyakini bahawa islam adalah agama yang terbaik dan mampu menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh manusia. Sentiasa menjaga hubungan ...
-
Berpegang teguh pada segala ajaran yang terdapat dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup. Sentiasa berusaha untuk menjadi m...